FMtrac ialah CMMS percuma (Computerized Maintenance Management System) berasaskan awan untuk organisasi di Malaysia — urus tiket, Job Order, aset dan penyelenggaraan pencegahan, semuanya dalam satu platform.
Langganan CMMS percuma tersedia. Pembayaran dalam talian selamat. Batal bila-bila masa.
5
Plan Pilihan
4
Aplikasi Dalam Satu Suite
99%
Uptime Dijamin
24/7
Akses Bila-bila Masa
Tiada lagi kekusutan. Hanya alat yang praktikal.
Semua tiket kerja automatik di hujung jari anda. Kemas kini dan rekod terus dari genggaman tangan, di mana sahaja anda berada.
Tiada lagi beban berat. Aplikasi mudah alih yang ringan tanpa memerlukan pelaburan perkakasan yang besar.
Memanfaatkan teknologi telefon pintar — alat sesuai poket lengkap dengan lampu, kamera dan capaian internet, semua yang pasukan penyelenggaraan anda perlukan.
Tiada lagi kertas. Kurangkan masa pasukan berulang-alik. Tindak balas lebih baik, kos lebih rendah, dan lebih mesra alam.
Dari tiket hingga penyelenggaraan berjadual — FMtrac merangkumi keseluruhan kitaran pengurusan fasiliti anda.
Pengguna boleh hantar aduan menggunakan mesej suara, AI meramal penggunaan stok dan keperluan penyelenggaraan akan datang, serta jana sebarang laporan hanya dengan bertanya dalam bahasa biasa. Tersekat? Femi, pembantu AI anda, sentiasa sedia membantu.
FMtrac ialah CMMS percuma dalam talian untuk organisasi kecil — mula urus fasiliti anda hari ini dengan pelan Freemium, percuma selama-lamanya, tiada kad kredit diperlukan. Naik taraf bila-bila masa apabila anda berkembang.
Semua orang — dari teknisian di lapangan hingga pengurus yang menyemak tiket — boleh menyelesaikan setiap kes dan Job Order hanya menggunakan telefon. Tiada borang kertas diperlukan lagi.
Setiap organisasi mendapat persekitaran tersendiri yang selamat. Data anda kekal peribadi dan terasing.
Setiap tiket dan Job Order menyimpan sejarah penuh perubahan status berserta gambar sebelum/selepas — jejak dengan tepat apa yang berlaku, siapa buat, dan bila. Tiada apa hilang atau dipertikaikan.
Rancang jadual penyelenggaraan pencegahan yang secara automatik menjana Job Order tepat pada masanya — tiada apa yang terlepas pandang.
Rekod dan jejak semua aset fasiliti anda — dari peralatan HVAC hingga lif dan generator. Trade aset khusus penjagaan kesihatan dan skor risiko menentukan aset mana perlu diservis dahulu, direka untuk hospital dan klinik.
Dibina untuk syarikat yang sedang berkembang, bukan bajet korporat besar — jadi paperless dari hari pertama, simpan bukti setiap kerja sentiasa direkodkan, dan nikmati ciri yang cukup mudah supaya pekerja lapangan mahupun anda sendiri tidak pernah terbeban.
Jana laporan prestasi fasiliti, KPI penyelenggaraan, dan tren aset dalam beberapa klik — eksport ke Excel atau PDF bila-bila masa.
Dari bilik kawalan hingga ke lapangan — setiap orang mendapat aplikasi yang direka khas untuk tugas mereka.
Kakitangan & Penghuni Bangunan
Aplikasi mudah alih untuk melaporkan kerosakan atau tiket dalam beberapa saat — lengkap dengan gambar atau video pendek. Tiada lagi kemasukan berganda, tindak balas lebih pantas.
Juruteknik & Penyelia
Aplikasi mudah alih untuk pasukan lapangan. Juruteknik menerima Job Order dan pemeriksaan rutin terus di telefon, kemas kini status dan lampirkan gambar di lokasi. Penyelia menyemak tiket dan menugaskan kerja walau di mana sahaja.
Pengurus di Mana Sahaja
Aplikasi papan pemuka baca-sahaja untuk semakan prestasi dan KPI dengan pantas, di mana sahaja pengurus berada.
Admin & Penugas
Panel kawalan web yang lengkap. Semak tiket masuk, tugaskan Job Order, dan urus aset, PPM, inventori serta data induk untuk seluruh organisasi.
Sistem anda aktif dalam masa beberapa minit.
Isi nama organisasi, e-mel, pilih subdomain, dan tetapkan kata laluan. Kurang dari 2 minit.
Tambah kakitangan, lokasi, aset, dan kontraktor anda. Template sedia ada untuk permulaan cepat.
Terima tiket, jana Job Order, dan hasilkan laporan. Sistem anda bersedia sepenuhnya.
Bayar bulanan atau tahunan — jimat 2 bulan dengan pembayaran tahunan.
Percuma selama-lamanya. Terdapat had penggunaan. Naik taraf bila-bila masa!
atau USD1,990/tahun
Untuk organisasi kecil. Fungsi asas pengurusan kerja.
atau USD3,990/tahun
Untuk organisasi sederhana. Termasuk PPM dan inventori.
atau USD6,990/tahun
Untuk organisasi besar. Semua fungsi termasuk pemeriksaan rutin.
Hos sendiri di infrastruktur anda, dilaksana & disokong oleh partner bertauliah kami — boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut keperluan organisasi anda.
Semua yang anda perlu tahu tentang platform CMMS dan pengurusan fasiliti FMtrac.
CMMS, atau Computerized Maintenance Management System, ialah perisian yang menyatukan permintaan penyelenggaraan, Job Order, rekod aset, dan jadual penyelenggaraan pencegahan dalam satu tempat. FMtrac ialah CMMS percuma berasaskan awan yang direka untuk pasukan fasiliti di Malaysia — tiada pelayan untuk dipasang, boleh diakses dari mana-mana pelayar atau aplikasi mudah alih FMtrac.
FMtrac menguruskan sisi penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti bangunan — tiket, Job Order, aset, dan penyelenggaraan pencegahan — berbanding kawalan peralatan masa nyata (automasi HVAC/BAS). Untuk organisasi yang memerlukan Sistem Pengurusan Bangunan bagi menjejak dan menyelenggara aset serta jadual penyelenggaraan bangunan, FMtrac sesuai digunakan bersama sebarang perkakasan BAS/automasi sedia ada.
Kebanyakan platform CMMS memerlukan persediaan IT dan latihan sebelum boleh digunakan. FMtrac dibina secara mobile-first dengan empat aplikasi khusus (Executive, Job, Ticket, Report), triaj tiket berbantu AI, dan sistem yang sedia digunakan dalam beberapa minit — bukan berminggu-minggu.
FMtrac menawarkan pelan bulanan atau tahunan yang telus tanpa yuran tersembunyi — lihat bahagian Harga di atas untuk kadar semasa, atau daftar untuk melihat butiran penuh.
Ya — FMtrac ialah CMMS percuma dalam talian melalui pelan Freemium kami, percuma selama-lamanya untuk organisasi kecil, tanpa kad kredit diperlukan. Daftarkan organisasi anda dan sistem anda sedia digunakan dalam beberapa minit, atau terokai akaun demo langsung untuk melihat ciri CMMS dan pengurusan fasiliti FMtrac terlebih dahulu.
Pejabat, hospital, kilang, pusat membeli-belah, dan mana-mana organisasi yang menguruskan fasiliti fizikal, aset, dan pasukan penyelenggaraan di Malaysia dan luar negara.
Ya — FMtrac menawarkan keupayaan teras CMMS yang sama seperti platform antarabangsa yang lebih besar — tiket, Job Order, aset, penyelenggaraan pencegahan — pada kos yang jauh lebih rendah, sambil menyokong methodology dan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk pemarkahan penyelenggaraan berasaskan risiko yang digunakan dalam semakan program pengurusan peralatan (relevan untuk fasiliti yang mengejar akreditasi seperti JCI). Organisasi di Malaysia mendapat kelebihan tambahan: sokongan terbina dalam untuk SKATA (Sistem Kod Aset Tak Alih), sistem klasifikasi aset tak alih standard Malaysia, harga dalam RM, dan sokongan Bahasa Melayu.
Jangan segan hantar pertanyaan kepada kami. Kami sedia membantu.